Dugaan di bulan puasa. Saat menerima surat panggilan kursus, hati jadi rawan. Kursus 2 minggu di Temerloh, Pahang dan di bulan puasa. Apa yg lebih teruk dari ini? Arggghhhh....sesungguhnya pilihan apa yang aku ada? Terpaksa akur walau hati memberontak hebat. Sahur nanti macam mana? Berbuka? Sudahlah aku tak pernah sampai ke Temerloh. Terpaksa naik bas. Nak drive sendiri, tak tau jalan. Ohhh...banyaknya masalah yg menghimpit. Belum pun sampai. Kepala dah memang berat dgn segala macam persoalan....
Apa yang boleh aku katakan, penganjur kursus ini langsung tak berperasaan. Tidakkah mereka fikir akan kesukaran atau kesusahan yang dihadapi oleh peserta kursus yang tinggal jauh? Macam aku? Bagaimana pula dengan peserta kursus yg terpaksa tinggal anak dan suami tatkala bulan puasa? Siapa yg akan menjaga maka minum mereka? 3 hari boleh tahan lagi, tapi ni 2 minggu. Memang tak masuk akal. Bagaimana pula dengan guru yang mengajar tahun 6, yg terpaksa meninggalkan kelas selama 2 minggu pada saat peperiksaan yang kian hampir? Macam la tiada tarikh lain lagi. Tidak bolehkah diadakan kursus selepas UPSR? Selepas bulan Ramadhan?
Setiap perkara atau keputusan yang diambil haruslah adil. Kebajikan setiap yang terlibat perlu diambil kira. Jangan hanya nak senang diri sendiri sahaja. Hingga kebajikan yang lain terabai.
Beginilah nasib menjadi org bawahan. Mulai hari ini, aku kena tanamkan azam. Bulatkan tekad. Tidak akan selamanya berada di bawah. Aku perlu rungkaikan belenggu ini. Mungkin?
Hati jadi sebak. Azam bulan Ramadhan nak khatam Al-Quran. Nak bertarawikh sepenuhnya. Mampukah rutin harianku di bulan Ramadhan diteruskan di Temerloh? Hmmm...
Aku hanya mampu berserah. Pasrah. Positif. Ada hikmah yang tersembunyi barangkali.

0 comments:
Post a Comment